Followers

Braces. Gigi Besi.


Annyeong haseyo.
Assalamualaikum semua.
*tiup tiup habuk*



Dah berkepoh sangat blog ni. Banyak sawang haa. Hahahaha. Maap kalian semua, gua bawa diri merawat hati yang luka senanya. Acececece :p

Okey, niari gua nak share satu cerita sat. Ah, tengok title pun dah tau pasal apa kan? *tumbuk diri sendiri

Braces. Atau dipanggil 'Pendakap Gigi' dalam bahasa kita. Perkara yang dari zaman persekolahan gua nak buat. Tapi selalu tangguh, sebab membe membe selalu cakap...

"Tak payah, bodoh. Sakit! Nak makan susah."

Basically, masa niat memula dulu, gua dah give up pasal benda ni. Pesen nya, nak cantik tapi takut sakit. Leuls. Tapi biasa ah. Manusia mana tak takut pergi klinik gigi kan. Gua masa sekolah dulu, selalu cabut lari masa pemeriksaan gigi. Alasan, takut kena cabut gigi. Leuls lagi sekali. Deng.

Tapi bila makin dewasa ni, aku mula hilang keyakinan diri bila nak berhadapan dengan orang. Especially masa nak buat presentation, aku rasa macam orang duk belek gigi aku instead of dengar apa yang aku cuba sampaikan. Masalahnya, bila kita mula ambil remeh soal hygiene gigi ni, mulut pula berbau. Plag sana sini menempel. Geli nau membayang nya.



SEBAB UTAMA NAK PAKAI BRACES.


Aku nak betulkan alignment gigi aku. 

Yang kenal aku, mesti tahu gigi depan aku ni kedepan. Kes gigi kedepan ni sebab masa sekolah rendah dulu gigi depan dah bergoyang, tapi tak nak boleh move on untuk cabut. Takut sakit ya amat. Jadi aku biar, sampai gigi baru tumbuh kan depan. Dan, padan muka! Hahahaha.

Dan aku mengalami kemurungan dimana susah nak melemparkan senyuman. Dan tak bercakap kayak mesin bertih jagung. 

Jadi nekad, nekad nak pakai walaupun sakit, walaupun aku terpaksa dahulukan deposit untuk campak besi dalam mulut. Fuh!



PERMULAANNYA

Disebabkan aku tahu aku perlu ready fizikal dan mental untuk benda ni. Maka, aku terlebih dahulu search whole thing about braces. Dari best price, best clinic, dan aku end up pilih Klinik Gigi Dr Zarin. 




Dan korang yang baru nak berjinak jinak dalam dunia braces. Make sure korang dah study experience otai otai yang sedia ada okey? :) Bukan apa, it's good for you. Dengan baca experience mereka, korang tau next step korang macam mana. Sekaligus dapat set mindset korang.



1st Appointment.


Aku tau akan ramai patient yang akan menunggu kat Klinik Gigi tu. So, aku memang set nak datang paling lewat on 8. Walk in, dan aku disuruh menunggu sampai hampir pukul 11 tengahari. Doktor masuk dan tanya...

"Ye Cik Shafiqah, apa hasrat awak kemari?"
"Err, saya nak pasang braces. Tapi saya takut la, doc."
"Jangan takut, harini saya nak check dan amik xray je dahulu."

Aku dah tarik nafas lega. Sebab doktor tak sebut lagi pasal cabut gigi and so on. Fuhhhhh...

Pembantu doktor datang, bawak something macam tanah liat warna pink (kalau tak silap) untuk ambil acuan gigi kita. Mold ni, bila masuk dalam mulut kita. Dia automatik mengeras, terus bertukar warna putih. Jakon sat aku, magik boh! Hahahaha

Then, xray rangka mulut kita. Jangan risau, non on this yang buat korang rasa sakit sikit pun. Buat relax. Watlek watpeace yaw :p 

Dan, settle untuk 1st appointment. Doktor suruh buat 2nd appointment untuk pasang braces. 

Jarak antara 1st dan 2nd appointment aku nak dekat 2 bulan juga. Sebab hari lain penuh dengan orang lain. Sokay, aku boleh je sabar, as long gigi aku cantik. Kakakaka :p



2ND APPOINMENT.


Aku diminta hadir pada 11/11/13, jam 3 petang untuk 2nd apppointment. Dimana, doktor menjanjikan nak pasang braces terus. Gua sampai 3 petang, dan hampir pukul 4 30 juga baru masuk, sebab ramai juga patient lain masa tu.

Doktor buat gua suspen tanya "Awak nak ke tak cabut 4 batang gigi?". Gila pa, dah sah sah ah aku cakap taknak! Sakit woo, walaupun diberi bius. Huahuahua. Tapi dia cakap kes aku tak serious pun, tak cabut pun takpa. Takda masalah. Dia cuma risau aku ada habit 'Tongue Thrust'. Habit ni yang sebenarnya buat gigi kita jonggang, dimana lidah kita push gigi ke depan dan meninggalkan ruang antara gigi atas dan gigi bawah.



(Tongue Thrust)




(Akibat daripada habit itu, even dah siap pasang braces)



Aku ingat mati mati la dah boleh pakai whole braces haritu juga. Dah siap fikir nak pakai o-ring apa. Leuls. Rupanya, doktor just tampal bracket dan pasang SEPARATOR dan datang balik minggu depan untuk buka 'Separator' ni dan pasang wire. Damn ah separator ni. Aku tak ada masalah langsung masa doktor memula pasang, hari pertama still okey gelak ketawa semua, hari kedua dah rasa sengal sikit kat tempat pasang 'Separator' tu. Masuk hari ketiga, denggggg! Satu hape makanan pun aku tak boleh kunyah. Even nak ketap gigi. Sakitnya ya amat. Tapi still, aku watlek watpeace. Buat muka kental depan orang. Tahan je kalau rasa nak nangis. Dan aku memang taknak ajar diri makan painkiller. This is the price i've to pay untuk dapat senyuman yang menawan. Hahahaha.

Rimasnya pakai 'Separator' ni, kita akan rasa tak selesa. Sebab ianya berada kat celah celah gigi, jadi akan selalu rasa macam ada makanan tersekat.

For now, ini sahaja aku dapat kongsikan dahulu. Next appointment, aku hupdate lagi okeng? :)

Buat yang bertanya tentang kos buat braces ni. Mine was almost around RM4500. RM250 masa mula mula appointment dulu, untuk mold gigi kita dan juga xray. Then another RM830 untuk 2nd appointment, untuk cuci gigi, dan braces serta barangan berus gigi untuk braces semua. Dan baki braces tu boleh bayar ansuran setiap kali appointment, dalam 150-350 (terpulang pada kemampuan). Oh ye, baki tu tak termasuk pembayaran untuk xray, mold gigi, cuci gigi dan barangan berus gigi. Baki tu tolak bayaran semata awak buat untuk braces?

Sampai sini sahaja dulu. Jumpa lagi next entry.



(Susunan gigi aku teruk. Itu yang buat aku nekad tu)