Assalamualaikum semua,
Kalini entry aku penuh perkataan.
Takda gambar. Jadi, aku harap korang faham :)
Mungkin ini pengakhiran hubungan kami. Berat untuk aku tentukan, tapi mungkin ini yang terbaik. Terlalu banyak dugaan dan cabaran, dan akhirnya aku menyerah. Kekuatan dan ketabahan aku sudah berada dikemuncaknya.
Meroyan?
Iya, aku akui aku sedikit terkesima. Satu satu kenangan selama 3 tahun ni bermain diminda. Setiap pelosok rumah dan tempat ada kenangan tersendiri. Susah senang kami bersama, dari zero to hero. Aku tak kuat.
Mungkin ini yang terbaik buat kami. Kami ditakdir untuk bersama seketika, tapi bukan teman sehidup dan semati. I tried my best, but it's just not enough.
Mungkin kesukaran ini hanya berlaku pada aku,
Mungkin sakit didada ini hanya aku yang rasai,
Mungkin aku terlalu berusaha,
Mungkin aku terlalu melindungi,
Mungkin sakit didada ini hanya aku yang rasai,
Mungkin aku terlalu berusaha,
Mungkin aku terlalu melindungi,
Salah aku. Iya, salah aku.
Mungkin juga sebab dia satu satu nya lelaki yang aku perkenalkan dengan keluarga, adik beradik dan sahabat handai. Dimana selama 3 tahun bersama, dia satu satu nya lelaki yang buat aku bebas jadi diri sendiri. Sifat manja aku, garang aku, serabai bangun pagi, masham bangun pagi, dia tahu.
Kehadapan awak,
Terima kasih atas segalanya selama 3 tahun ni. Awak banyak mengajar saya erti kehidupan. Mungkin betul kata awak, saya terlalu manja. Terlalu naif. Jujurnya, saya sebegini hanya dengan awak. Sebab saya pernah percaya hubungan kita akan berakhir dengan baik.
Terima kasih juga sebab awak, saya pandai bawa moto sesikit. Still remember? Masih ingat kat mana kita berlatih? Saya pernah bagitau awak, saya tak percaya org lain kalau naik moto. Sampai sekarang, awak masih favourite rider saya. Terima kasih.
Terima kasih sebab awak, saya banyak belajar tentang masakan. Saya tau awak orangnya kecil (dulu) tapi perutnya besar. Kalau makan kat luar, mesti kena budget RM20 sekali makan. Jadi saya belajar masak semua makanan kegemaran awak. Yang paling mencabar, Nasi Pakapau. Sebab itu kali pertama saya dengar nama tu. Ingat lagi betapa susahnya kita nak cari daun thai tu? Haha, sampai hampir give up. Akhirnya siap. Itu first time saya belajar masak benda tu, tapi penuh kasih sayang. Yang penting, Didek dgn Bia kata sedap :) Terima kasih.
Terima kasih juga sebab awak sanggup dtg jumpa saya pukul 3 4 pg bila saya cakap saya sakit. Hanya Allah yang tau betapa bersyukurnya saya ada awak masa tu. Ingat lagi masa saya degil nak makan Umbai tu? Saya tau saya tak boleh makan seafood, tapi saya degil nak rasa juga. Sekali tekak bengkang. Awak punya risau, sanggup keluar pagi buta cari ubat. Terima kasih, awak :')
Terima kasih sebab sudi masuk air dengan saya bila tengok bola. Saya tau saya bising bila tengok bola. Lelagi Portugal + Man Utd + Real Madrid. Lepas ni kalau CR masuk Man Utd, dah jadi HaHa Madrid la. No more Hala Madrid. Haha. Sanggup bersengkang mata sampai 5 - 6 pagi sebab bola. Terima kasih awak.
Terima kasih awak sebab sudi jadi supir saya pergi sana sini. Ah, perjalanan paling seksa naik moto dari KL ke Unisel. Tap awak sanggup datang Unisel semata mata nak support saya punya Flashmob. You made a suprise on that day. Terima kasih.
Terima kasih sebab support dunia saya, yang berbeza dari awak. 2 kali awak teman saya pergi tengok Justin Bieber live. Sekali tengok Never Say Never. Saya tau awak tak suka Justin, tapi terima kasih sebab support dunia saya.
Terima kasih juga sebab awak, saya kenal Hujan Band, Bunkface Band. Jujurnya, saya bukan dengar sangat lagu melayu. Remember first time awak bawa saya jumpa Raingers? Jumpa Hujan? Masa tu Noh bujang lagi, tapi dah start detim dengan Mizz Nina. Oh ye, masa tu rambut dia bulat lagi. Haha. Sebab awak saya kenal ramai org yang awesome belaka. Mya Azizan, i still remember first time jumpa dia. She's adorable. Saya suka suara dia, serak basah. Paling berkesan tersangkut habis, kenangan masa Hujan menang Versus last year. Alhamdulillah, masih segar di ingatan badan lebam sebab moshing. Dan awak dehydrate sebab peluh dah keluar banyak sangat, dan air macam terhad masa tu. Dengan air takda nya. You're cute. Thanks for that too, awak.
Terima kasih kerana bagi saya menumpang kasih family awak selama 3 tahun ni. Sumpah saya cakap, saya dah anggap family awak macam family sendiri. Mummy tak pernah berkira dengan saya. Dari duit, ke pakaian, she treat me like her own daughter. Thank you. Daddy awak pula, walaupun dia tak banyak cakap, tapi saya selesa borak pasal kerjaya dan resipi masakan dengan dia. He is a good pa, you're lucky. Didek, Bia & Jason, saya merasa sekejap ada adik kecil. Yang saya boleh bergomol dengan Jason. Sembang pasal bola dan larian dengan Bia. Didek... i still remember dia panggil kau aku masa memula dulu. Dan dia agak kasar. But now, he called me kakak... ipar. And he is really good to me. Awak tau, kekadang dia masak untuk saya? Saya bertuah bukan? Saya tau. Thanks for your family, i do really love them.
Dan yang paling saya tak akan lupa, terima kasih for those live performance yang awak tuju untuk saya. Pointing finger at me masa lagu Rozanna. Thank you, awak tak akan pernah tau betapa berharganya lagu Kotak Hati, Rozanna, Pulanglah dan Janji tu pada saya. Terima kasih buat lagu Janji tu untuk saya, terima kasih :') Saya sangat suka lagu tu! I won't delete them on my Youtube acc. Let others know how proud i'm untuk performance malam tu. Sebab saya tau betapa kuatnya awak berusaha praktis sehari sebelum tu. Remember awak menangis sambil sepak tong besi sampah yang gedabak besar tu semata mata sebab suara awak tak keluar? Haha. Saya senang dapat legakan perasaan awak malam tu. Lagi sekali, terima kasih awak.
Terima kasih untuk segalanya. Maaf kalau saya tak dapat lupa semua kenangan, ianya terlalu banyak. Sebab kita berdua kenal dari memasing tak ada pape. Handphone pun cokia je. Bunyi monotone je pun.
Mungkin sebab itu juga aku tak sambung Degree kat Unisel. Aku tak rasa aku boleh sesuaikan diri kat sana. Terlalu banyak kenangan bersama. Classroom, Dewan Utama, Dewan Exam, Toilet, semua ada sentimental value tersendiri. Maaf andai aku menjadi selemah ini, maaf.
I re-read all those words you uses gave to me. Everything. Chat, blog, notes, videos, slideshow, songs and many more. Thanks for all of that. It's really burst me into tears when looked back what used to happen to us. We're happy, one times ago.
Apakan daya, mungkin dah tiba masanya orang lain menganti tempat saya. I'm not a fighter anymore. Kalini saya berserah. Dengan harapan semoga Si Dia dapat menjaga awak lebih baik dari saya, lebih ikhlas menyayangi awak lebih dari saya. Pergi la awak, saya redha dengan pemergian awak kalini. Mungkin ini yang terbaik untuk kita.
Andai jodoh kita satu hari nanti, saya lari jauh mana pun, kita pasti bertemu. Buat masa sekarang, biarlah saya bawa hati. Rawat hati yang patah seribu. Andai awak jumpa perempuan lebih baik dari saya, satu pesanan saya nak bagi, jaga dia bebaik, hargai dia, sayang dia sepenuh hati ye. Semoga bahagia awak. Saya doakan yang terbaik buat awak. Amin.
p/s:
Aku ambil masa 3 jam untuk buat entry ini. Banyak airmata yang mencurah dari perkataan yang ditaip. Maaf sekiranya ada kekurangan. Dan aku tau Si Dia tak akan baca pos ni. Dia sedang bahagia, aku je belum move on. Ini bukan untuk tagih simpati, hanya luahan hati. Doakan yang terbaik buat aku. Bismillah.